'hani...start from next monday until friday,awak kena ikut saya ke langkawi. kita ada meeting dengan ceo di sana dan awak mesti ikut untuk membantu saya. so make sure minggu itu awak free and settlekan semua urusan awak....',ujar kak Nani yang merupakan senior setiausaha di syarikat tempatnya bekerja.
'ok kak nani. untuk kak nani anything can be done...',sengih hani. hani dan kak nani sangat rapat dan hubungan mereka ibarat kakak dan adik. namun mereka tetap bersikap formal apabila menjalankan tugasan dan baginya batasan antara senior dan junior tetap perlu dijaga meskipun mereka rapat.
'zeera, minggu depan aku nak pergi langkawi...kau jangan jeles tau'
'eleh...setakat langkawi tu,aku da banyak kali pergi tau..tapi kan hani,kau jangan lupa pulak belikan aku souvenir....'
'ai...tadi cakap dah banyak kali pergi. tak kan kau pergi tak beli hadiah kot???'.hani mendagu memandang zeera ketika mereka sedang makan di danga bay.
'memang la aku selalu pergi tapi souvenir tu aku beli guna duit sendiri. aku nak hadiah yang kau beli guna duit kau sendiri..',balas zeera sambil menongak dagu memandang hani
'hisy kau ni...pandang la depan. nanti orang ingat kita ni 'lain macam' pulak....' hani rimas tatkala orang di meja sebelah melihat tingkah laku mereka. mana taknya...dua orang perempuan saling merenung satu sama lain dalam keadaan yang pelik.
ni mesti diaorg ingat aku dengan si zeera ni pakwe and makwe...hisy,mau kes naya ni. nabi tak mengaku umat ooo.....mak bapak aku punyalah didik aku dengan agama yang sempurna,tak kan la aku nak jalinkan hubungan songsang ni..hisy,selisih malaikat empat puluh empat...
'ala,kau ni relax la...biar la orang nak cakap apa. kita bukan buat salah pun,lagipun bagus gak...at least tak ada la mamat nak kacak kita kan???',sengih zeera
'malas la aku nak cakap dengan kau ni...ada je jawapannya...',balas hani sambil menyuap mee kungfu ke dalam mulutnya.
'kau jangan lupa tau belikan aku souvenir....kalau tak,aku lancarkan perang dingin dengan kau....'ugut zeera
'iyo la tu..aku tengok kau aje yang cari aku,bukan nya aku yang cari kau. itu pun ada niat nak lancarkan perang dingin dengan aku?',sinis hani. zeera hanya memberikan seyuman kepada hani. memang diakui apa yang dkatakan oleh hani,boleh dikatakan tiap hari dia akan mencari hani. baginya hani merupakan seorang teman yang sejati dan tidak mungkin dia dapat mencari teman sebaik hani....
p/s: terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog ku ini....syukran
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment