story to share

cerita ini saya kisahkan dengan keizinan dari empunya cerita. pada mulanya si empunya keberatan untuk memberikan kebenaran namun setelah saya beritahu niat di hati hanyalah untuk berkongsi pengalaman dengan yang lain, si empunya akhirnya setuju...

cerita ini mengenai sebuah keluarga yang hidup serba kekurangan pada suatu masa dulu. satu hati, si anak meminta duit dari si ayah untuk ke sekolah dan si ayah berkata, 'ayah ade seringgit sahaja dan si anak hanya diam kerana dia tidak sangka si ayah tidak mempunyai duit.' namun si ayah tetap membeeri duit kepada si anak kerana kasihan melihat si anak yang tidak mempunyai duit untuk ke sekolah dan si anak mengambilnya. tiba di sekolah si anak membeli makanan dengan berbekalkan duit yang diberi oleh si ayah.

pada suatu hari si anak bertanya kepada si ibu'ibu,ayah pergi mana?' dan si ibu hanya berkata,'ayah pergi kerja,cari duit'. si anak hanya diam namun dia berasa pelik kerana pada waktu sebegitu si ayah sudah pulang ke rumah. namun, pada suatu hari, si anak tahu kerja apa yang dilakukan oleh si ayah dan dia berasa terharu kerana tidak menyangka si ayah sanggup buat kerja seperti menjual makanan, menolong orang membuat rumah dan menolong hantar orang ke tempat kerja untuk menyara hidup mereka sekeluarga. 'ibu,ayah kerja lebih masa ke?' dan si ibu hanya diam namun si anak tahu akan kebenarannya.

hari makin berlalu dan kini si anak telah meningkat dewasa dan si anak berasa betapa banyaknya hutang si anak dengan si ayah. kadang-kala si anak berasa dia tidak mensyukuri nikmat yang dimiliki olehnya. si anak akan meminta duit dari si ayah dan apabila si ayah tidak memberikan duit, si anak akan merajuk dan beranggapan si ayah sudah tidak menyayanginya lagi. namun itu hanya seketika, sesudah itu si anak menyedari bahawa si ayah tidak memberikan nya duit bersebab dan si anak hanya mengetahuinya setelah si ibu menerangkan perkara yang sebenarnya kepada si anak dan si anak berasa sangat bersalah kerana menuduh si ayah sebegitu rupa.

si anak kerap merenung silap dan salahnya dan merasa terlalu banyak perkara yang menyinggung hati dan perasaan si ayah dan su ibu. kini, si anak berfikir apakah cara untuk membalas jasa kedua ibu bapanya. si anak berasa jika dilimpahkan segala kekayaan yang dimilikinya belum tentu si anak dapat membalas segala jasa si ibu dan si ayah. si anak kerap menangisi kekurangan dirinya dan berharap agar apa yang diberikan kini dapat menggembirakan si ibu dan si ayah

kita akan berasa menyesal setelah orang disayangi pergi meninggalkan kita. apabila mereka berada di depan mata,kita hanya memandang mereka sebelah mata namun apabila mereka sudah tiada,barulah kita berharap mereka ada di depan mata kita.
pernahkan kita berfikir apa akan terjadi kepada kita jika mereka pergi meninggalkan kita tanpa sempat kita berkata betapa kita amat menyayangi mereka? pada ketika itu berlaku, kita menyesal tidak sudah dan berharap agar masa dapat berundur kembali namun sayangnya,ianya sudah terlambat.

yang paling teruk adalah apabila kita tidak mahu merendahkan ego kita untuk berkata betapa kita menyayangi mereka dan pada saat mereka meninggalkan kita, apa gunanya ego yang kita banggakan itu kerana insan tersayang sudah pergi meninggalkan untuk selama-lamanya....

p/s: untuk renungan bersama...fikirkan bersama....

0 comments:

Post a Comment