setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya
cuma,kita...manusia yang tidak menyedari apakah sebabnya
hari ini berlaku satu konflik di class....
rasanya tak perlu cerita punca konfliknya
hanya untuk muhasabah diri sendiri....
bukan nya mengaibkan orang lain.....
kita gemar menyalahkan orang lain apabila timbul sesuatu masalah
kita cepat melatah bila ditimpa musibah
pernah tau tidak kita bertanya kenapa musibah itu diturunkan kepada kita?
mesti tidak bukan...
kita lagi suka menyalahkan orang lain dan bukannya bertanya apa silapnya
kita akan cuba sedaya upaya untuk menegakkan apa yang kita perkatakan
dan mungkin tidak pernah mendengar pendapat orang lain
sedangkan pada hakikatnya,silap itu mungkin berpunca dari diri kita sendiri
inilah lumrah manusia....
cepat melatah dan melenting apabila sesuatu berlaku
dan kadang-kala tidak dapat berfikir secara rasional
sedangkan Allah telah mengurniakan akal dan fikiran kepada setiap umatNya....
dan kita tidak menggunakan ia sebaik mungkin
mungkin kita terbawa-bawa dan terpengaruh akan perasaan sendiri
namun, itu bukannya alasan untuk kita melatah tidak tentu hala
dan kerana itulah gunanya akal dan fikiran....
cuba renungkan....
pernahkah walaupun sekali kita tidak melatah,melenting mahupun memarahi orang
atas sesuatu yang tidak pernah orang itu lakukan....
pasti anda akan berkata 'tidak, aku tak pernah...'
betulkan itu jawapan anda.....
cuba renungkan
melainkan orang itu memang benar-benar patut dimarahi
manusia juga seperti anda
punya hati dan perasaan...
pernahkah anda berfikir apakah perasaan insan tersebut?
sedangkan yang terfikir di benak fikiran anda hanyalah
ingin meluahkan rasa tidak puas hati anda....
anda berasa anda berada di pihak yang benar tanpa
memikirkan kebenaran perkara tersebut...
luahan minda ini hanya untuk renungan bersama
dan bukan nya bertujuan untuk mengaibkan sesiapa
apa yang diharapkan hanyalah muhasabah diri
p/s: dah lama tak update blog, miss my blog.....
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment