'hani,lunch ni aku book kau dulu tau. jangan nak lari pulak ye.',ugut zeera
'amboi...kau ingat aku ni apa..kedai ke nk book2. aku ni manusia yang punya hati dan perasaan tau...'
'iyo la tu. kau tu tiap kali aku nak ajak lunch ada je halangan yang mendatang. so hari ni aku tak kira. aku nak lunch dengan kau juga....kalau tak,aku lancarkan perang dunia dengan kau....'
'da pandai ea kau sekarang. main ugut-ugut. bukannya aku sengaja pun tak nak lunch dengan kau. aku kan junior secretary...mesti la kena ikot mana bos pergi....'
'tak de...aku tak kira,pukul 1 ni aku pick ko kat office kau....kalau kau tak ada jugak...maka lancarlah perang dunia antara zeera dan hani...'
'iye la...janganlah buat hamba begini wahai kawanku..kasihanilah kawanmu ini....hamba sedia mengikut kata mu...'tutur hani dengan ayat melankoliknya
'ha..tau pun...so confirm tau.....'
'eh...siapa nk belanja ni....?' tanpa sempat soalan tersebut dijawab,terdengar bunyi beep di hujun talian.
'hampeh punya zeera,kot iya pun bagitau la siapa yang kena belanja...'bebel hani dalam hatinya.
teringat kembali sewaktu zeera bertanyakan keputusan temuduganya sebulan yang lalu...
'hani, macam mana interview tadi? ok?',soal zeera sebaik terpandangkan muka hani keluar dari bangunan JCorp.
'entah la zeera, ramai tadi calon yang interview. aku pun tak tau...kalau ade rezeki aku ada la. kalau tak ada,mungkin bukan rezeki aku di sini.'
'tak apa...yang penting kau da mencuba. tak pun,kau kerja dengan aku..kat tempat aku tu pun tengah nak ambik orang. kau jadi assistnat aku. gerenti masyuk....'seringai zeera
'ha...jadi assistant ko? tak mau la aku...nanti siapa yang nuat kerja siapa entah. macam la aku tak tau kau ni 'terlebih' rajin nak buat kerja. kang aku perpulun-pulun buat kerja,kau melilau entah ke mana.....hisy-hisy...tak sanggup aku...',seloroh hani
'kau ni...kalau iya pun nak menyindir jangan lah direct link terus. bertapis-tapis la sikit...',ujar hani sambil menarik muka
'ala kau ni...aku bergurau je. tapi terima kasih la, aku nak dapatkan kerja dengan usaha aku sendiri. aku tak nak harapkan budi orang lain. pada aku,kalau kita berkerja dengan usaha sendiri,kita akan lebih menikmati dan menghargai kerja kita. sebab kita sendiri melalui pahit jernih dalam mendapatkan kerja tersebut.'
'up to you....tapi peluang aku selalu terbuka untuk kau....da la,jom aku belanja kau pekena ABC kt Dangan Bay tu...mesti masyuk punya....dapat cuci mata tengok mat-mat handsome sekali....',seringai zeera dan hani hanya mampu menggelengkan kepala. memang diketahui perangai zeera yang suka mencuci mata di Danga Bay. dia sendiri pelik,entah apa yang handsome kat mamat-mamat tu....nak kata handsome,tak de la handsome mana. lagi handsome hero pujaan nya....'kim hyun joong'....
'ni kenapa kau tersenyum-senyum ni?',tegur zeera
'tak ada apa la.....jom....',selindung hani. kalau zeera tahu apa yang difikrkannya msti terkeluar ceramah free dari mulutnya. zeera memang anti-cerita korea. baginya, malaysia mempunyai keunikan dan kekuatan dalam jalan cerita mereka sendiri
'alamak da nak pukul satu ni....kang membebel pulak si zeera tu.....',gumam hani dalam hatinya
p/s: selepas ni,susah nk update blog sebab laptop da rosak.....so kena cari solution macam mana nk settlekn problem ni...huhuhu
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment