bab 22

'penatnya...',keluh hani sebaik memasuki biliknya. 'baru hari pertama dah penat macam ni. macam mana la aku nak steady sampai seminggu',bebel hani. hari ini amat meletihkan bagi hani kerana dia harus menolong kak nani yang bertindak sebagai senior setiausaha kepada seorang ahli korporat. kadang-kala hani merasa kagum dengan kak nani kerana baginya kak nani merupakan seorang wanita yang berjaya meskipun dia sudah memiliki keluarga.

'ai....belum apa-apa lagi dah lepak? macam mana nak jadi setiausaha macam ni? karang bos ke mana,awak ke mana....',tegur kak nani sebaik melihat hani yang terlentang di atas katil dengan tudung yang masih berbalut di kepalannya.'sorry la kak...hani penat sangat. macam mana la kakak boleh bertahan? akak tak penat ke? dari tadi hani tengok akak asyik ke sana sini aje.....'

'mestilah penat dik oii.....',balas kak nani sambil memukul punggung hani agar memberinya ruang untuk duduk bersebelahan hani.'tapi nak buat macam mana...dah namanya pun kita berkerja so mestilah berdedikasi...tak kan kita nak makan gaji buta? tiap-tiap bulan dapat gaji tapi kerja tak seberapa. kita ini berkerja dengan cara yang halal..so mesti la buat dengan ikhlas. cuma tengok kat luar sana,berapa ramai yang mengganggur? kita yang dapat berkerja ni kenalah bersyukur...buat kerja betul-betul. karang kalau kena buang kerja,siapa mau jawab?'. melihat hani yang senyap,lantas kak nani menoleh ke arah hani dan.....'hani,akak cakap dengan kamu ni. boleh pulak kamu tidur....'marah kak nani sambil melontar bantal ke arah hani.'mana ada kak....hani dengarlah....hani cuma tutup mata aje....',serentak itu hani bangun kerana tersentak di baling bantal oleh kak nani. sedangkan dia hampir tidak dengar apa yang dikatakan oleh kak nani. matanya benar-benar mengantuk,di saat ini,dia hanya mahu melelapkan mata.

'sudah...cepat mandi. lepas isyak kita kena turun semula...ada dinner.....'.'ha...ada lagi ke akak? hani betul-betul dah tak larat ni....',keluh hani dan kak nani hanya mampu memberikan senyuman kepada hani. memang beginilah lumrah bekerja dengan ahli korporat,tiap masa perlu berada bersama bos.

0 comments:

Post a Comment