mmm....hari ini aku mungkin telah melepaskan peluang keemasan dalam hidup yang hanya datang sekali seumur hidup.
al-kisahnya, aku dah register untuk satu kursus yang disediakan oleh MOHE yang dipanggil '3P'. semua bayaran adalah free...termasuk bayaran kolej dan yuran kursus. kalau kurus ini ambil di luar,yuran nya lebih kurang Rm600. tapi under MOHE,everything free..just support untuk makan sahaja.
mula-mula aku excited jugak la nak pergi kursus ni but now, aku menolak tawaran untuk pergi ke kursus ini. sebabnya kalau nak pergi kursus tu,aku kena stay kat puncak alam dulu then terus pergi register kat kampus induk. and at the same time, aku kena bayar duit kolej kat puncak alam kerana tinggal melebihi tempoh masa and support duit makan kat puncak dan kat induk
and for this reason, aku kenalah mintak duit kat parent kan? aku rasa cukup lah aku mintak duit untuk tiga tahun sepanjang pengajian aku kat UiTM ini. dah tiba masanya aku balas jasa ibu bapa aku. umur dah 23 tahun tapi still mintak duit kat parent.
aku berpegang pada satu sahaja...rezeki semua di tangan Tuhan. kalau ditakdirkan rezeki kita berada di situ,kita tetap akan dapat jua walau apapun yang akan berlaku. so sebab itu lah aku menolak tawaran kursus 3P meskipun ada rasa sedikit terkilan kerana peluang ini hanya datang sekali untuk seumur hidup...but,Allah itu Maha Adil...Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
mungkin ada hikmah kerana aku melepaskan peluang ini. kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang so janganlah menyesali setiap keputusan yang kita buat kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
mungkin sudah tiba masanya aku melepaskan kehendak diri untuk keluarga. to me,family is most important in the world even your best friend cannot replace your family..dan sudah tiba masanya aku menolong adik-adik aku untuk memastikan kehidupan mereka lebih baik...selama aku di sini,tidak banyak yang dapat aku lakukan untuk mereka. tapi dengan tamatnya pelajaran aku selama tiga tahun ini,mudah-mudahan akan menolong agar mereka tahu hala tuju mereka...
p/s: tiada gunanya menyesali setiap perkara yang berlaku...Allah itu Maha Mengetahui segalanya....yang penting,Allah itu Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku....:)
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment