'mak oii...biar betul aku pergi majlis macam ni...tak pernah terlintas aku akan pergi ke majlis macam ni. kalau setakat dalam mimpi itu ada la,tapi tak sangka pulak akan jadi realit..ala-ala cinderella la pulak...'bebel hani di dalam mindanya. majlis malam itu merupakan suatu majlis yang tidak pernah di impikannya selama ini. majlis makan malam yang dihadiri oleh golongan korporat dan fesyen yang ala-ala antarabangsa...
'ha..itu kenapa pulak tercegat kat depan pintu tu? nak jadi penyambut tetamu ek?',tegur kak nani. 'kak,cubit pipi saya ni kak...'
'la...kenapa pulak...kamu ini ok ke tidak hani?',balas kak nani sambil merenung tepat ke muka hani.
'entah la kak...saya pun tak tau saya ni ok ke tak....',balas hani seolah-olah baru tersedar dari mimpi. kak nani hanya mengerut dahinya tanda minta penjelasan dari hani.
'akak ni...itu pun tak paham. saya ni manalah pernah pergi ke majlis makan malam. tak alih-alih saya dah ada kat tempat macam ni. dengan dewan yang besar,orang-orang kenamaan,baju diaorg..fulamak...cantik giler...teruja saya tau...',panjang penjelasan hani kepada kak nani
'kamu ini...akak ingat apa la tadi. kamu tak usah risau,lepas ni kamu akan selalu pergi ke majlis macam ni. so,tak ada lah kamu tercegat kat pintu ini. buat malu nama company je nanti. da jom..kalau nak tunggu kau sedar dari mimpi,sampai besok la jawabnya kita kat pintu ini...',serentak itu kak nani menarik tangan hani menuju ke dewan utama.
'mm...boring nya majlis ini. tak ada ke mamat handsome? semuanya tua-tua kerepot da..kak nani ni kemana pulak la,aku dah dok mati kutu da ni...',bebel hani sambil kepalanya memusing-musing mencari kak nani.
ketika kepalanya ligat mencari kak nani,tiba-tiba 'hai..saya haikal....'. dan kepala hani terhenti di depan individu yang memanggil namanya itu. 'hai..',balas hani. 'dari tadi saya tengok awak asyik melilau aje,awk cari siapa?'. 'mmm...tak ada siapa...'. 'hisy mamat ni...kenapa la nak menyibuk kat depan aku. kak nani ni pun kemana la pergi. kata nak pergi toilet..ke pergi repair toilet tu...',bebel hani di dalam hatinya.
'kak nani...akak pergi mana? bos akak da cari dah tu..jom...',balas tegur hani sebaik terpandangkan kak nani. dan kak nani yang terperanjat hanya mampu terdiam.
'ha...iye ke? akak baru jumpa dia tadi. takkan dia jumpa kamu pulak kot...?'
'iye la kak,jom..eemmm,maafkan saya en haikal,saya terpaksa pergi dulu...',serentak itu hani menarik tangan kak nani untuk pergi meninggalkan meja mereka.
'akak ni...akak pergi mana? cakap nak pergi toilet tapi lama sangat...ke akak renovate toilet tu? jenuh saya cari akak tau.',marah hani
'eh kamu ni...akak memang pergi toilet la..on the way nak balik meja,akak terserempak ngan bos akak. tak kan akak buat tak tau je...itu tak elok tau. yang kamu nak marah ni kenapa pulak? tu mamat tu,siapa pulak?',soal kak nani sambil muncungnya dihalakan ke haikal
'entah...mamat mana entah. tak alih-alih duduk kat citu,menyibuk aja...'
'oo...itu yang kamu marah sangat ni..kena mengurat...siapa nama dia?',gelak kak nani
'akak ni....tak ada maknanya nak mengurat. itu menggatal namanya..tengok orang macam nak telan aje...kalau sound saya ni tak rosak lagi,nama dia haikal...'
'haikal? dia ada cakap tak nama family dia?',soal kak nani dengan nada ingin tahu
'entah...tak ada rasanya,napa kak?'
'kalau dia ada sebut nama family dia rahim,beruntung la kamu....',sengih kak nani
'kenapa pulak? dia tu anak tan sri ke?',soal hani dengan selambanya
'iye la cik adik oii...haikal anan tan sri rahim...pemaju hartanah negara kat malaysia tau...setahu akak tan sri ada anak lelaki tapi jarang-jarang dia ke majlis macam ni...'
'hisy akak ni...tak kan lah dalam satu dewan ni,dia sorang je yang nama haikal...entah-entah orang lain pun ada jugak..',telingah hani
'lantak kamu la...kamu tu kalau cakap nak menang aja...akak nak pergi sana sekejap...'
'akak....saya nak ikut gak..',balas hani sambil mengikut kak nani. tanpa hani dan kak nani sedari,tingkahlaku mereka diperhatikan oleh sepasang mata di suatu sudut.
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment