salam keceriaan dan salam muhibbbah untuk semua......
satu persoalan,'kenapa manusia suka judge someone based on their appearance?' tak semestinya orang yang berpakaian elok tu elok perangainya dan tak semestinya orang yang berpakaian tak elok, perangainya pun tak elok.....
ini lah lumrah manusia.....kita sepatutnya kenal dulu dengan orang tu kemudian barulah kita membuat penilaian peribadi terhadap perangai orang tersebut. ini tidak ,sekali tengok dah buat kesimpulan....agaknya, apa yang anda akan rasa kalau perkara yang sama berlaku kepada anda? melainkan anda ni jenis yang tak ambil pusing...tapi mesti akan terdetik jua di hati anda,'aku bukan macam tu', betul tak?
kita perlu juga berfikir sama ada percakapan kita itu akan mengguris perasaan orang lain. mungkin anda fikir ianya perkara biasa kerana anda telah melaluinya namun, itu berlaku kepada anda dan anda tidak berbuat perkara yang sama kepada orang lain....as if anda ingin membalas balik perkara yang telah anda lalui. di fikiran anda, anda mungkin ingin mengajar orang tersebut mengenai lumrah sebenar kehidupan
namun, pada hakikatnya masih ada cara lain untuk mengajar seseorang itu tanpa mengguris perasaan orang tersebut....cuma terpulang kepada diri sendiri bagaimanakah caranya untuk mengajar...
yang penting, kehidupan itu akan mengajar seseorang itu untuk menghadapinya dengan cara mereka yang tersendiri.....
Posted by
hana



0 comments:
Post a Comment